Thursday 6 October 2011

SENARAI 22 PEMAIN MALAYSIA VS AUSTRALIA 7 OKTOBER 2011


1. Khairul Fahmi Che Mat (KEL)
2. Farizal Marlias (NS)
3. Norhafiz Zamani Misbah (NS)
4. Muslim Ahmad (HMA)
5. Fadhli Shas (HMA)
6. Faizal Muhamad (HMA)
7. Farisham Ismail (KEL)
8. Mahali Jasuli (HMA)
9. Asraruddin Putra Omar (SEL)
10. Zubir Azmi (TER)
11. Amar Rohidan (KED)
12. K Gurusamy (HMA)
13. K Reuben (UKM)
14. Joseph Kalang Tie (TER)
15. Baddrol Bakhtiar (KED)
16. S Kunanlan (NS)
17. Yong Kuong Yong (KL)
18. Khyril Muhymeen Zambri (KED)
19. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (HMA)
20. Safee Sali (PJFC)
21. Norshahrul Idlan Talaha (KEL)
22. Shahrizal Saad (JFC)
23. Izzaq Faris Ramlan (HMA)

Gambar Animasi Lucu

 Kumpulan gambar gambar lucu dan gambar animasi GIF lucu yang bisa bergerak ada di sini. Bisa didownload untuk koleksi hp kamu, atau buat obat stres setelah seharian beraktifitas.

Silahkan deh buat yang pengen koleksi gambar-gambar animasi dan gambar-gambar lucu GIF pelototin nih gambar gambar gif lucu di bawah. Dan saya ucapkan selamat senyum-senyum ria. Oke..??? hehehe Nah lo,,, belum apa-apa sudah ketawa.












Nah, itu dia koleksi gambar animasi gif lucu yang saya temukan, selamat menikmati.

Uji Kekuatan Dibumi Australia


IA ibarat langit dan bumi. Begitu perbezaan antara pasukan bola sepak kebangsaan dan Australia.
Memang terlalu jauh jika mahu dibandingkan tentang keupayaan mahupun reputasi kedua-dua pasukan berkenaan.

Memori indah menang 1-0 ke atas Socceroos pada final Piala Ke- merdekaan Indonesia 1992 juga tidak lebih sekadar sejarah, tambahan pula jurang kedua-dua pasukan ketika itu tidak begitu ketara apabila hanya dipisahkan 23 anak tangga dalam ranking dunia ketika itu (Malaysia di kedudukan ke-75, manakala Australia ke- 52).
Kini selepas hampir 20 tahun, pasukan kebangsaan yang masih terkial-kial di pentas antarabangsa semakin jauh terperosok di tangga ke-147, jauh ketinggalan daripada negara kanggaru itu yang kini merupakan antara 20 pasukan terbaik dunia.
Tewas dalam lima pertemuan terakhir sebelum ini juga menjadi petanda yang cukup jelas buat anak- anak buah Datuk K. Rajagobal itu supaya mempamerkan sesuatu yang istimewa menjelang pertemuan persahabatan kedua-dua pasukan di Canberra hari ini (kira-kira pukul 5 petang waktu Malaysia).
Jangan sampai ‘menconteng arang di muka’ Rajagobal, itulah tekad yang perlu disematkan di dalam hati kesemua pemain Harimau Malaya bagi mengelakkan kekalahan yang lebih memilukan seandainya gagal mencatatkan kemenangan ataupun sekurang-kurangnya seri dalam pertemuan itu.
Bagi peminat fanatik bola sepak tempatan pula, ada baiknya bersikap lebih realistik daripada meminta yang ‘bukan-bukan’ daripada skuad kebangsaan.
Kekecewaan ditunjukkan jalan keluar pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014 pada Jun lalu seme- mangnya pedih, namun tidak adil rasanya mahu menuntut sesuatu yang lebih besar daripada pasu- kan negara sebaik memiliki status selaku juara Piala AFF Suzuki 2010 serta meraih pingat emas temasya Sukan SEA dua tahun lalu.
Bukan apa, marah sampai terbalik kerusi meja di kedai kopi pun tidak guna seandainya skuad negara dimalukan Socceroos hari ini, kerana penyokong harus sedar pasukan sekarang bukannya pasukan yang sama ketika zaman kegemilangan bola sepak negara suatu masa dahulu.
Ini tidak, balik-balik kata-kata sumbang seperti ‘kenapa pasukan bola sepak kita sekarang lembik tidak macam dulu?’ juga sering dilontarkan jika Malaysia tewas.
Padahal penyokong sedar betapa perjuangan pasukan negara untuk kembali bangkit bukannya suatu perjalanan yang pendek dan mudah.
Ada baiknya memberi peluang kepada Harimau Malaya untuk mengukuhkan kedudukan di persada Asia Tenggara terlebih dahulu, termasuk mempertahankan kedua-dua gelaran setakat ini sebelum mahu bermimpikan sesuatu yang lebih indah.
Hari ini, gawang kebangsaan seperti biasa dijangka dikawal hebat oleh Khairul Fahmi Che Mat yang pastinya menjadi indi- vidu paling sibuk bagi menghalang se rangan bertali-arus Australia seperti mana yang pernah dilakukan jentera serangan Jepun pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu baru-baru ini.
Benteng pertahanan negara juga dijangka dikemudi oleh ‘kuda tua’, Norhafiz Zamani Misbah yang dijangka mendapat bantuan daripada rakan-rakan sepasukan seperti Mahali Jasuli, Mohd. Fa- dhli Shas dan Asraruddin Putra Omar.
Kreativiti perancang Terengganu, Joseph Kalang Tie juga begitu ditagih bagi merencana serangan dari tengah padang setelah ketiadaan arkitek berbakat, Safiq Rahim yang ‘tercicir’ kali ini.
Kalang Tie dijangka digandingkan bersama Mohd. Amar Rohi- dan, K. Gurusamy dan S Kunan- lan di bahagian tengah, selain beberapa muka baharu seperti dua tonggak Kuala Lumpur, Shahrom Abdul Kalam dan Yong Kuong Yong di bangku simpanan juga dilihat memberikan lebih banyak pilihan buat Rajagobal.
Jentera pemusnah Harimau Malaya hampir pasti digalas oleh dua penyerang sensasi, Mohd. Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha yang cukup cemerlang pada saingan Piala AFF tahun lalu selepas sekian lama tidak di- gandingkan di pentas antarabangsa gara-gara kecederaan.
Sementara itu, nama-nama lain seperti Baddrol Bakhtiar dan Khyril Mu hymeen Zambri juga berupaya muncul selaku supersub sekiranya gandingan kedua-dua penyerang itu gagal memberikan impak seperti yang diharapkan.
“Cuaca pada waktu malam di Australia agak sejuk iaitu 11 darjah Celsius, namun ia tidak menjadi masalah buat pemain yang dilihat begitu bersemangat dan berkeyakinan begitu tinggi,” kata Rajagobal kelmarin.
Meskipun skuad kendalian Holger Osiek itu dilihat seolah-olah memperlekehkan kemampuan skuad negara apabila mengetepikan nama-nama besar seperti Brett Emerton dan Harry Kewell, pemain-pemain negara sewajarnya menjadikan itu sebagai caba- ran untuk memalukan naib juara Piala Asia tersebut di gelanggang sendiri atau sekurang-kurangnya tidak dimalukan dengan aib yang lebih besar.
(Emerton dan Kewell hanya dijangka tiba menjalani latihan di Canberra pagi ini seperti mana dilaporkan media tempatan, The Canberra Times kelmarin).
Justeru, tepuk dada tanyalah selera, selamat berjuang Harimau Malaya!
Kosmo

Tuesday 4 October 2011

KIAS KEARAH KOLEJ UNIVERSITI???

BANYAK PERSOALAN????

MASIH TERTANYA-TANYA???


BETUL @ TIDAK????


WE LOVE KIAS.........<3


KITA TUNGGU..............

SI BUDAK BODOH........

MINGGU SUNYI DI KIAS.....

kalau sebut jerk minggu sunyi semua orang tau misti da nk EXAM n then misti semua org tau minggu i2 adalah minggu study, tpy kt KIAS nie laen skit makin dkt nk EXAM makin sunyi bkn sunyi semua org study tpy sunyi sbb semua org TIDO...
HAHAHAHA...
termasuklah yang tgh menaip nie terjangkit skali dgn virus 2..........
And lagi 1 tabiat bdk kt snie uishhhhhh semua kaki MUKABUKU abis smua bnde nk update kt status nk stdy pon update dlu kt status sumpah lawak la...
tpy mungkin ini akan menjadi 1 kenagan apabila aku meniggalkn KIAS nie.......
Ape-ape hal pon ak DOAkan agar final EXAM kali nie semua mahasiswa dan masisiwi dapat buat yang terbaek.....

                                               GOOD LUCK FOR FINAL EXAM.....